Berikut adalah antara peserta Bengkel Latihan tersebut:
SISC+ PPD Papar

PPD PAPAR PENERAJU TRANSFORMASI
Sejarah SISC+ PPD Papar
Kohort 1 SISC+ PPD Papar telah bermula seawal 21 November 2012 apabila dipanggil menghadiri Bengkel Latihan di Kinabalu Daya Hotel dan diikuti dengan kursus seterusnya di Tang Dynasty Hotel Kota Kinabalu pada awal Disember 2012. Pada ketika ini tugas dan peranan SISC+ belum begitu jelas dan Manual Prosedur Kerja belum didedahkan. Tetapi kami amat teruja untuk menjadi peneraju kepada program rintis di bawah Transformasi Pejabat Pendidikan Daerah ini. Selain daripada PPD Papar, kohort 1 juga terdiri daripada pegawai-pegawai dari PPD Penampang, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Sandakan dan Keningau.
Berikut adalah antara peserta Bengkel Latihan tersebut:
Seterusnya, pada 4 - 7 Februari 2013 kohort 1 SISC+ Sabah dan Kedah telah menjalani sesi latihan dan praktikal pada Bengkel Kerja yang dilaksanakan di Hotel Regency Alor Setar Kedah. Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 pegawai SISC+ Sabah dan 32 pegawai SISC+ Kedah. Bengkel kerja ini dikendalikan oleh Mckinsey International bersama BPSH dan beberapa Master Trainers yang telah dilantik.
Berikut adalah antara peserta Bengkel Latihan tersebut:
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment