Pada 5 - 6 Mac 2014, SISC+ bersama Unit Pengurusan Akademik PPD Papar telah menjayakan Bengkel Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Professional Learning Community (PLC) bagi Sekolah Menengah peringkat Daerah Papar. Bengkel ini bertujuan untuk membangun tahap profesional para guru dan mewujudkan budaya kerja secara kolaborasi dalam kalangan pendidik daerah Papar.
Bengkel ini dihadiri oleh 105 peserta yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah, Ketua-ketua Panitia subjek yang terlibat beserta Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran kesemua sekolah menengah dalam daerah Papar.
Bertempat di SMK Benoni dan SMK Takis, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu memberi pendedahan kepada pelaksanaan KPP (PLC) dan seterusnya sebagai titik permulaan kepada budaya kerja secara berkolaborasi dalam kalangan panitia, sekolah dan daerah.
Dapatan bergambar sewaktu bengkel:
No comments:
Post a Comment